15 May 2016

Misi mencari earphone~


Nie beberapa hari kegilaan music dengan Spotify Premium yang baru saya dapati ini *THANKS TO MY MAXIS ONE PLAN*. But then nie beberapa hari earphone saya tu macam ada issue sikit, seperti kadang-kadang bila on call sama friends, dia punya mic tak beberapa jelas sehingga saya kena letak right beside mulut saya baru dorang dapat dengar perbualan saya dengan kawan saya. Luckily there is nothing wrong with the quality of the sound la. Bila  dah berfikir panjang, rasa its time for a new earphones. 
Earphone yang saya guna sekarang
Tapikan, mesti korang perasan ada beberapa spesifikasi dekat kotaknya. Apa maksud semuanya itu? dan apa perbezaannya dengan earphone yang mempunyai spesifikasi yang lain.HA! bila dah buat research, baru tahu apa maksud semuanya itu.

Maksud Spesifikasi Earphone:
1. Technology
- sesetengah earphone ini mempunya jenis keistimewaannya. Sebagai contoh, Bose QuietComfort 20 mempunyai technology noise-cancelling ( jenis earphone yang mampu menghilangkan bunyi-bunyi luar yang amat bising seperti bunyi enjin kereta api ataupun apa-apa saja yang amat bising) dan Razer Hammerhead Pro mempunya technology noise-isolation ( mengasingkan bunyi external dan menghalang sesetengah daripada menganggu pendengaran musik)

2. Weight
- Ia hanya menunjukkan keberatan earphone itu. 

3. Cord length
- menunjukkan kepanjangan kabel earphone itu. Kebiasaannya panjang earphone adalah 4 kaki sahaja.

4. Sensitivity 
-Menunjukkan kebolehan earphone itu memberi respons kepada frequency bunyi ada dikeluarkan. Makin tinggi sensitivity-nya, makin banyak frequency yang ia dapat memberi respons dalam earphone itu

5. Impedence
- mengukur aliran arus yang diperlukan. makin tinggi impedence, makin sikit kegunaan bateri, dan makin lama anda dapat menikmati musik anda.

So, rasanya itu saja saya akan blog untuk ini. Until next time~

0 comments:

Post a Comment