1 Jan 2016

BISIKAN HATI

Siapa yang tahu bila hati mulai bicara
kerana aku juga tidak mengerti
Siapa yang tahu bila kalbu berbisik rindu
Kerana aku juga keliru untuk mentafsir makna
Realitinya 
Tiada siapa yang tahu melainkan Dia.

Beranikah kamu untuk belayar dalam amukan jiwa
untuk berlabuh di perairan penipuan
untuk berenang dalam lautan resah
untuk menyelam dalam peritnya kerinduan
tiada siapa yang akan pergi melainkan Dia.
tiada siapa yang mampu menyelamatkan mu melainkan Dia.

Begitulah sekilas perasaan yang ku rasa
keliru dalam jauhnya perjalanan hidup
yang kerap kali tersungkur 
yang kerap kali terluka
kerap kali tercalar akibat duri yang tidak kelihatan
tetapi cinta yang tulus itu  sering menyelamatkan

Sungguh dalam gelap hati ku
terpancar pelita keimanan
sedar akan kesalahan 
namun sebalik itu hati kerap memberontak 
untuk hidup bebas dari penjara diri
kerana mereka aku membina benteng 
menghijapkan diri yang sebenar
hipokrit itulah yang dunia katakan

#RnW

0 comments:

Post a Comment