29 Feb 2016

Be kind, adopt don't shop

Hari ini di Johor mengadakan satu acara. Nama acara tu adalah hari layang-layang. Ha!!! Unik kan.. Rasa macam di jepun kan.. Tapi saya bukan ke situ untuk bermain, malah untuk kerja sukarelawan. 
Nah, inilah kerja saya kemarin. Shelter Kasseh ini adalah satu tempat perlindungan kepada kucing jalanan. Kerja mereka adalah menyelamatkan kucing-kucing jalanan, menberi jagaan kepada mereka dan mencari tuan baru yang berkelayakkan. 
 

Inilah sebahagian kucing-kucing yang mereka sudah selamatkan. Comelkan?
Pada hari tersebut juga mereka menjelaskan kepada masyarakat tentang kerja mereka dan juga peranan masyarakat kepada kucing-kucing jalanan ini. Mereka juga menyediakan pelbagai tips-tips untuk penjagaan kucing di rumah.
Apakah pandangan kamu terhadap usaha mereka nie?? Jikalau ada apa-apa pandangan atau pertanyaan, kamu boleh letakkan komen anda di bawah. 


0 comments:

Post a Comment